Jom Buat Maksiat..Ada Bran?

Posted by SS  |  at  6:31:00 PG 7 comments

Entri ni amat sesuai dibaca oleh pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam pertunangan dan kepada mereka yang baru nak berkenalan.
Biasanya golongan begini memang kerap melakukan aktiviti negative seperti memandang, sentuhan, bersolek, haruman, duduk & hiburan. Moga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua yang sering alpa, leka & lalai dengan mainan & nikmat dunia. Sesungguhnya iblis & syaitan laknatullah sangatlah bijak untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s
Sesungguhya iblis pernah bersumpah:
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka."
(Surah Shaad : 82-83)
Iblis menjawab, "kerana engkau telahmenghukum saya tersesat, saya benar-benar akan akan (menghalang-hal angi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka & dari belakang mereka, dari kanan & dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati mereka bersyukur (taat)."
(Surah Al-A'raf : 16-17)
MEMANDANG seseorang terutama yang disayangi, sangat sukar di tahan.
Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan seseorang.
Jarang nikmat penglihatan ini digunakan sebaiknya. Astaghfirullah
SENTUHAN adalah untuk melahirkan rasa cinta & kasih sayang . Tetapi, apabila seseorang mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa. Astaghfirullah
BERSOLEK & BERHIAS menyerlahkan seri serta kecantikan.
Ramai yang akan memuji wajah, rambut & susuk tubuh yang menarik. Suruhan Allah agar menutup aurat mengikut syariat yang telah digariskan tidak mampu ditunaikan. Astaghfirullah
HARUMAN yang digunakan sering membuat orang lelaki berasa senang untuk bersama.
Alangkah bangganya apabila mereka terpesona & tergoda. Astaghfirullah
DUDUK berdua-duaan bagi sesetengah mereka yang sedang bercinta apa salahnya selagi mereka tidak melakukan zina. Sesekali mereka perlukan privacy.
Lagi pun mereka kata, bukannya buatapa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar ditepis. Percayalah sahabatku.
HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan bagi mereka yang sedangkesunyian & kesepian.
Tanpanya terasa kosong dunia ini. Selalu bersama kawan-kawan lelaki &perempuan ke pesta, wayang atau konsert. Masa banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat & kadang-kadang sukar mengawal batas-batas pergaulan. Astaghfirullah
JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU
Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANGsebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK : )
Kita kena ingat
CINTA bukan pada 'couple'
CINTA juga bukan pada 'I love you'
CINTA tak terletak pada 'I miss you'
Dan CINTA bukan pada 'can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH
Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)
JOM MENGISLAHKAN DIRI

Tagged as:

About the Author

Seorang pelajar dan pekerja pada masa yang sama, belajar sekadar untuk bekalan hidup agar tak sesat, bekerja pula sekadar mencari harta dunia yg sementara.. sebarang pertanyaan emailkan ke: white_sheep@linuxmail.org

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

7 ulasan:

  1. ustaz mirul.. :)

    bagus kamu ni mengingatkan sesama manusia.. :)




    *ca da jawab komen kat entry wordless wed. ca tu.. :)

    BalasPadam
  2. mcm entri ko yang lepas, baik sentuh... bb dari pda sentuh bukan muhrim.. ehehe.

    <----terpanggil awak SAYANG aritu. eh. ahaha. +_+

    SS, rindu aku x? huhu. lame aku x on9~

    >= Bajetadaorngrindupdhllangsungxde.. sob3

    BalasPadam
  3. @RinsyaRycmmg yang lepas pun..saje main repost2...ko panggil aku sayang??bile2??kekeke...brape bulan ko x on9 yer??....wahahahah

    BalasPadam
  4. jauhi maksiat..anda mampu mengubahnya :)

    BalasPadam

Cerita Lain

    Popular Posts

Copyright © 2013 Speaker Sekolah. Blogger SS converted by SpeakerSekolah
Amirul Fazil. Proudly Powered by Blogger.
back to top