Segmen Lia Lomi - Air

Aku nak citerkan pengalaman aku berkisahkan air .. Sebab syarat segmen ni kena citer pengalaman korang berkisahkan air .. Kalau korang nak join klik la header kat atas tu ..

Ok, skang aku nak citerkan pengalaman yang pernah aku lalui masa umur 8 tahun lalu .. Citernya begini .. Pada suatu petang yang hening ibarat kacang melupakan kulit .. Aku merasa suatu perasaan yang dinamakan boring .. Maka dari itu, aku mengambil keputusan untuk menunggang motosikal kawasaki ninja 1500cc bapak aku .. Fine!! Basikal je!!

Basikal tu basikal kakak aku sebenarnya .. Agak tinggi jugaklah .. Alaaa macam basikal fixie yang korang slalu naik tu .. Lebih kurang la .. Ok, dalam diam2 aku amik basikal kakak aku tu pergi ronda2 kat sekitar kawasan perumahan .. Kalau zaman dulu, budak 8 tahun dapat bawak basikal kira boleh dibanggakan jugak la,Kan?

Disebabkan hati ni dah mula riak bak buah cempedak diluar pagar, aku jadi tak perasan aku kat jalan yang bertentangan dengan arus lalu lintas! Biasala budak 8tahun mana tau peraturan jalan raya! Tengah aku nak membelok kat selekoh tajam tetibaa ade motor betul2 depan aku .. Aku pun mengelak!(tapi tak berjaya) Kedebussss aku terpelanting masuk dalam longkang!

Air longkang masa tu memang pekat dan hitam betullah .. Bau memang wangi habis! Sempatla jugak aku minum air tu .. Rasa dia payau2 skit(wekkkkk) .. Satu badan aku hitam macam orang minyak .. Tangan kanan aku masa tu dah patah .. Bukan patah sebenarnya, dalam istilah perubatan dipanggil " radius head dislocated", aku tak tahu nak terjemahkan dalam bahasa melayu,ahaks .. Nasib baik la abg yang bawak moto tadi tu bertanggungjawab hantar aku balik rumah .. Kalau tak tak tahu la ..

Rasanya, baik aku tak payah cite apa yang berlaku kat rumah .. Hehe .. Ok! Itu sahaja pengalaman aku dengan air yang tak dapat aku lupakan .. Well, rasa air longkang pun masih terasa dimulut ni .. Hehe

Ok bye ..

6 Murid Komen:

era kecik berkata... BALAS

haha.. sian kat ko, SS =P

:: kenapa tak nak citer lak ? mesti sume orang kat umah ko tu gelakkan kan kau. betul tak? haha XD

NiGhTiNaNgLe_FARA berkata... BALAS

radius head dislocated???

direct translate : kepala jejari tersalah letak..

ape tuh???

niesa berkata... BALAS

kedudukan tulang lari dari alignment ...tak pergi hospital@klinik ke kecian kamoo masuk longkang...

Cik Lia Lomi berkata... BALAS

erkkkkk, air longkang??..Lia tak pernah rasa dan sangat berharap tak akan merasa..sian2, sambunglah lepas balik umah tu nak tau jugak..hehehe

*terima kasih join :D

Ezad Skytech berkata... BALAS

tak dapat aq bayangkan keadaan ko masa tu...huhu~

Lea Isnawi berkata... BALAS

yuckkkk

air longkang

tulah lain pandu cermat,ingat org tersyg



pst pantai kemasik kt ganu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...