Semangat Menulis Hilang Lagi

Dulu dah hilang .. Sekarang hilang lagi .. Haishhh .. Tak boleh jadi ni .. Aku mesti cari semangat menulis semula .. Lagipun Fatin Liyana, Siti Saleha dan Lisa Surihani sudah mula merindui penulisan sampah aku ni .. Korang yang slalu tinggal komen kat sini tak rindu kat aku pn .. Aku tau .. Kan .. HEHE



Jadi, apa patut aku buat? Patut tak aku pergi masuk hutan? Berkhemah? Berkelah? Bercuti? Ermmmm .. Jap nak pikir ........................... HA! Bercuti jelah .. Tapi aku nak bercuti kat mane? Rome dah pergi, Perh pun da pergi, Sweden baru je balik ni, HAA!!!!  bercuti kat Kedah je la .. Dekat sikit .. Tiket bas pun tak mahal sangat .. Well2 .. Malaysia tetap terbaikk .. HEHE


Ok bye .. Jumpe kat Kedah ..




Tak Nak Update Blog La Camni !!!




 
 Gambar2 yang bakal ditunjukkan nanti dipercayai mampu memudaratkan kesihatan kerana mempunyai tahap radiasi kepoyoan yang tinggi... Jangan kata aku tak bagi AMARAN yea...

/
/
 /
 /
 /
 /
 /
 /
 /
 /
 /
 /
 /
 /
 /
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

Errrr .. Ana!!! Cikbolat baca nanti kang .. Kantoi la skandal kite .. Ishhhh .. :p






Takde maknenye aku nak marah .. Hubungan kita dah berlalu .. Btw .. Aku dah ade Cikbolat!  wekkkk






Tak payah rindu sngat la Sally .. Hari2 jumpe kot .. Kekekekek







Semua gambar diatas adalah edit semata-mata .. Mohon korang percaya penipuan aku ni .. HAHA




Ok papai..


Apa Impian Aku Sebelum Mati?

Entahkan sempat, entahkan tidak aku nak merealisasikan impian ni .. Papepun aku nak kongsi jugak .. Kalau aku tak sempat, korang la yang tolong sempatkan untuk aku .. HEHE ..





1. Aku nak jadi putih. KEHKEHKEH .. Buleh gitu? Berangan la ko SS woi !!! Celake betul .. Ahaks




2. Aku nak pakai Laptop Alienware .. Mintak2 ade la yang pemurah kasi pinjam untuk aku .. Sehari pun jadilah .. HEHE




3. Aku nak beli moto Chopper .. Mutu, Gaya, Keunggulan .. *tangan dalam poket, kening dinaikkan*




4. Aku nak pusing satu Malaysia naik moto Chopper .. Pakai jaket hitam, Kasut but, Seluar jeans adik, pastu pakai sapu tangan kat mulut buat topeng .. Pehhhhh .. Bergaya habis ..




5. Aku nak makan semua jenis makanan yang ade kat atas dunia ni .. Ofcos la yang halal punye ..




6. Aku nak kawinnnnnnnnnnnn .. Dengan sape?? Tu gamba atas tu ..  Dengan Bolat Bongok la semestinya .. HEHE ..




7. Ditemukan dengan penderma yang sesuai ..



Ok bye ..







Jom Baca Wasiat Mereka

Segmen: 7 Perkara yang Saya Akan Buat Sebelum Mati




Agaknya ade tak orang yang nak join segmen ni? Main mati2 bagai .. Tapi tak salah sekiranya aku buat segmen yang mampu mengingatkan kita kepada kematian, sekurang kurangnya segmen ni dapat manfaat kepada pembaca. Sesungguhnya hidup di dunia hanya sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Semoga kita ditempatkan bersama orang yang beriman di sana nanti.Amin .. Ada gaya pakar motivasi tak ayat aku? Hehe ..



Kalau korang nak join sila buat macam ni:


1.Buat satu entri khas bertajuk "Segmen: 7  Perkara yang Saya Akan Buat Sebelum Mati" . Korang cite la ape-ape pun yang korang nak buat dalam hidup yang tak kesampain lagi.

2.Letak link entri yang korang dah buat di ruangan komen entri ni.

3.Kalau nak tag kengkawan boleh aje .. Kalau tak nak tag pun tak pe.


Senang kan syarat2 nye? Jadi mohh la kita join ...



Tarikh tutup : 11.03.2012



ok bye..





Bila Suami Puji Wanita Lain Cantik





"Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau." Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.

"Oh. Di mana?" Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.

"Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik macam Siti Saleha tau. Cantik sangat." Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.

"Oh…" Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.

"Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit pipi dia je tau." Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.

"Kalau sayang nak tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la." Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.







Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya Pakar Cinta mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh.

Sekuat mana pun seorang perempuan, sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari daripada perasaan cemburu.
Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejati menjadi pemangkin untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.



Kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan sebaik mungkin.
Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, kerana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki.



p/s:ni entri copy paste .. aku tak pandai nak jiwang2 .. XDD


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...