Aku Bahagia Dengan Blog


Bahagia sangat bile ada orang komen kan ..


Setelah 15 minit menunggu untuk ke page seterusnya....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

--

-
-
--
-
-


Ohhhh tuhan, aku rela ditelan batu belah batu konkrit ........ 






Berbloglah untuk berkongsi dan mencari kepuasan .. Kalau nak follower ramai sangat buat je macam aku ni .. Tak de la menyusahkan blogger lain .. Ye dak?

Macam mane nak follower ramai macam aku??? Rasanya semua dah sedia maklum kot .. hehehe


Tak SabarNyooo

Apa yang aku tak sabar ni? hehe ..




Haritu aku ade keja kejap .. Kejap je, dalam masa seminggu kot .. haha .. Nampak sangat aku ni pemalas .. Kerja tu bagi aku okey la jugak, tapi terpaksa korbankan masa sebab kerja dia boleh capai 24/7 .. Kerja apa sebenarnya ni? Kerja web publisher dan data entry untuk laman web Zoom A .. Zoom A ni pembelajaran dalam talian la lebih kurang .. Pelajar akan bayar RM 10 setahun .. Ke sebulan? Aku pun dah lupe dah.




   Rupanya bukan senang nak mengendalikan laman web ni .. Ini baru laman web biasa .. Belum laman web sektor kerajaan lagi .. Dibelakang sebuah laman web berdiri manusia yang sanggup korbankan masa semata-mata nak beri perkhidmatan yang terbaik kpada pelanggan .. Aku tabik springgg mereka yang kerja bertahun-tahun kat situ.

   Walaupun aku keje seminggu je tanpa Diploma mahupun Degree dan cuma berbekalkan pengalaman .. Tapi gaji die berbaloi-baloi .. hehe .. Nak tau berape aku dapat? Tak banyak pun .. Kalau nak amik lesen kereta tu lepaslah .. Boleh bergaya ngan keta bapak aku dah lepasni .. haha


p/s : tak sabarnye nak bawak keta .. hehe

p/s2: menyesal la pulak breti keja.. : (

Peringatan Sahaja

Aku baru tahu pompuan tak leh pakai macam ni ea? Jahil jugak aku ni rupanya .. huhu ..


p/s: Ahhh susahnya para lelaki kalau macam ni .. Tetibaaa .. haha

Hepi Befday To Me (Sendiri Wish)

Yoshhh!!! Bersawang spiderman dah blog aku ni .. Lama tak update entri sampah .. Ada lagi tak reader blog ni agaknya ya? Macam la sebelum ni ada reader pun .. haha


Ni lukisan Cikbolat untuk aku .. Comeyy tak? haha .. Ganas2 dia pun sweet juga tau ..


Hari ni hepi sikit .. Sikit je .. Tak banyak pun .. Sebab hari ni befday aku yang ke 15 tahun .. Ops typo pulak .. 19 tahun la .. hehe .. Disebabkan hari ni befday aku, semalam aku ngan kawan baik aku dari Kedah membuat keputusan untuk merempit di sekitar bandar Kota Bharu .. hehe .. Kami dah ada lesen lumba jadi dibolehkan .. haha .. Ego S menentang Honda Wave 100 .. Agak2 korang siapa menang? Ofcos la Ego S, sebab aku yang bawak. Haha


Disebabkan aku berjaya menewaskan Wave 100 maka, kawan aku dari Kedah terpaksa tunaikan dua permintaan aku .. Kenapa dua? kenapa tidak tiga atau empat? Yang tu korang pandai2 lah siasat.


Untuk permintaan pertama aku mintak ......... Makan!!! Ofcos la kan .. Makan untuk hidup .. Jadi ianya amat penting .. Aku mintak Nasi Kukus .. Tapi malam2 mana ada restoran bukak .. Tukar plan B .. Makan Kfc je la .. Aku bukan suka sangat makan kfc ni .. Maklumla .. Tekak melayu .. hakhakhak






Permintaan yang kedua pula ..................................................................











Headfone

Yoshhhhh .. Baik betul kawan aku ni .. Agak2 korang berapa harga benda ni? Percaya tak kalau aku cakap harga dia RM 5? Ya .. Aku tak tipu .. Sumpah .. 5 hinggit .. Giler murah .. Ingatkan pompuan seksi kat mall dah abis murah dah .. Rupanya benda ni lagi murah .. Tak caye betul aku .. haha .. Aku suka design kotak die .. Pink gituuuu .. Auwwwww ..


Awat aku rasa lagi panjang aku taip lagi gedik je entri ni? .. Ishhhh .. Setakat tu je la dulu .. Papaiii

Berita Baik dan Buruk

Auwwwww !!! Model entri kita untuk kali ini .. Auwwwww !!!



Yossssshhhh !!! Berjumpa lagi kita di SpeakerSekolah....


Aku ada berita baik dengan berita buruk nak dikongsi hari ni .. Nak bagi tau mana dulu ni? Ermmm .. Berita buruk dulu la ye ..





Berita Buruk :

Aku saja2 letak gamba ni .. Awat??!! Tak leh ka? herherher


1. Aku tak boleh update blog hari-hari dah lepas ni .. Cehhhh!!! Macam la selama ni aku update blog hari2 .. Hikhok

2. Aku tak boleh dah ber mesej .. ber tweet .. ber facebuk dengan CikBolat hari2 dah lepas ni .. Hukhuk .. Sedih la sangat ..

3. Aku tak dapat tengok bola Kelantan lwn Sime Darby sabtu ni .. hukhukhuk .. Grrrr ..

4. Tak boleh join reunion jumpa kawan-kawan lama.



Berita Baik :

1. Yoshhhhh!!! Aku dah dapat kerja .. Kerja apa? Kerja biasa je .. Gaji pun ciput .. huhu

2. Lesen aku dah full .. Sticker P dah boleh buang da .. Bangga ni .. Hehe

3. Kawan baik aku dari Kulim Kedah nak datang rumah. Yoshhh !!! Dah 2 tahun tak jumpa dia .. Rindu giler nehh.



Okey ... Tu je aku nak kongsi .. Berita buruk lagi banyak nampaknya .. Tak boleh jadi ni .. Yoshhhhhh!!!



p/s: pehal dari tadi asyik Yoshhh!!! ni?  Yoshhhh!!!

Berfikirlah Diluar Kotak




Sekarang korang dah tau kenapa muka aku kacak kan? wahahahaha
 

Dah ucapkan selamat hari ibu belum? jangan lupa ye.. Walau sesibuk mana pun kita .. Ucaplah dan luangkanlah sedikit masa untuk meraikan ibu kita yang tercinta .. Setakat tu je dulu .. Bukan apa, takut ada yang cakap haram pulak sambut hari ibu ni .. :)
 
 
 
 
    Korang pernah dengar tak satu kisah lucu seorang lelaki berbangsa ' Irish ' ( Ireland ) ketika beliau hadir ke satu sesi temuduga? Mungkin ada yang penah dengar dan ada yang tidak .. Kisahnya menggambarkan tentang ..


' How to think out of the box ? ' Tetibaa ckap omputih ..
 
 
 
 
 
 
Tersebut alkisah...
 
 
Seorang lelaki berbangsa Irish telah menghadiri satu sesi temuduga untuk kerja yang dipohonnya..
 
Penemuduga telah menyoal bermacam-macam soalan kepada lelaki Irish ini dan semuanya dapat dijawab dengan baik sehingga penemuduga itu rasa tercabar dan menyoal satu soalan dengan harapan lelaki Irish tersebut tidak dapat menjawabnya..
 
Penemuduga itupun menyoal..
 
 
“ Without using numbers, can you represent the number 9.”
 
 
Selepas berfikir sejenak, lelaki Irish itupun menjawab..
 
 
“ Without numbers ?” “ Dat is easy ! ”
 
 
Beliau terus mengambil beberapa pensil warna didalam begnya dan melukis 3 batang pokok,
 
 

“ What’s this ? ”  Penemuduga itu bertanya.

Dengan selambanya lelaki Irish itu menjawab..
 
 
“ Have you ain’t got no brain ? Tree and tree plus tree makes 9 ″
 
Penemuduga tadi bertambah-tambah rasa tercabar dan terus menyoal ..
 
 
“ Fair enough, Here’s your second question. Use the same rules, but this time represent the number 99.”
 
 
Lelaki Irish itu berfikir sejenak sambil memandang ke keatas, selepas beberapa saat berlalu, beliau terus mengambil lukisan pokok tadi dan menconteng satu tompokan disetiap pokok ..



Selepas lelaki Irish itu menunjukkan hasil lukisannya, penemuduga itu terus menggaru kepala dan berkata ..
 
 
“ How on earth do you get that to represent 99 ? ”
 
 
Lelaki Irish itu terus menjawab ..
 
“ Each of da trees is dirty now .. So, it’s dirty tree, and dirty tree, plus dirty tree. Dat makes 99. ”
 
 
Penemuduga tadi terdiam seketika dan merenung muka lelaki Irish itu dengan perasaan tidak puas hati, beliau terus menyoal lagi untuk soalan terakhir..
 
 
 “ All right, my last question. Same rules again, but please represent the number 100. ”
 
 
 
??????????????????????????????
 
 
 
 
 
Agak-agak korang apa yang lelaki Irish tu jawab? korang cari jawapannya sendiri .. fikir-fikirkan ..
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Blogwalking dan Perbezaan Jantina



Betul ke? hahahaha


Tambah 1GB Kuota Broadband dengan PERCUMA !!!

Tahukah korang yang servis VPN dapat menjadikan kouta broadband korang unlimited .. triks lama yang masih berkesan sehingga ke hari ini .. Untuk maklumat lanjut mengenai VPN boleh ke sini ..

http://www.omghackers.com/2012/05/pemecah-mitos-benarkah-vpn-dapat.html



   Seperti yang kita sedia maklum, servis VPN juga berbayar tapi agak berbaloi untuk dibayar .. Hari ni aku nak kongsi perkhidmatan VPN yang PERCUMA tapi cuma di hadkan untuk 1GB sahaja .. Okey la tu kan .. Kalau kuota 4GB ditambah pulak 1GB kan dah jadi 5GB .. Percuma pulak tu .. Sape tak suka barang percuma memang dia bangang .. Haha




1.Okey, memula sekali korang daftar akaun VPN kat sini http://cyberghostvpn.com
dan pastikan korang pilih pakej percuma...





2. Dah siap daftar .. Sila download software client VPN




3.Install client VPN di komputer korang dan tunggu untuk seketika. Lauch VPN client dan isikan username dan password korang.




4.Tunggu untuk seketika. Kalau korang berjaya login sila Jangan Connect dahulu. Sila pergi ke setting - automatic login and server choice - tiru macam gamba di bawah .. AHH kantoi IP Address la pulak .. Lantak lahhh




5.Dah siap setting semua .. Klik connect dan tunggu lagi ..




6. TAHNIAHHH !!!



Keyword Berilmu Di Blog Sampah !!!

Takde idea nak menulis entri sampah ditambah keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan .. Alasan semata-mata .. Oleh itu, jom kita jawab soalan yang datang dari keyword pakcik google ..





1. Gelak jenis huahuahua apakah maksudnya?

Berdasarkan kajian yang telah aku buat dari tahun 2010 hingga awal tahun 2012, seseorang yang mengeluarkan gelak "huahuahua" boleh dikategorikan sebagai individu yang memiliki daya IQ yang tinggi. Kenapa aku berkata begitu? Kerana seseorang yang memiliki IQ yang tinggi memang tak normal sikit kadang2 .. Jadi jangan amik port sangat lah dengan gelak diorang .. Amik port jawapan exam diorang dah la.. 

Bagi yang ingin melihat hasil kajian yang telah aku buat selama 2 tahun boleh ke entri ini ..


http://speakersekolah.blogspot.com/2011/12/jenis-dan-maksud-gelak-di-alam-maya.html


2.Macam mana nak patch connectify?

Aku pakai connectify yang dah ada crack .. Takde patch pun .. Untuk maklumat lanjut sila rujuk entri ini.

http://speakersekolah.blogspot.com/2012/04/tutorial-kongsi-1-broadband-dengan-10.html



3.Tips jadi blogger berjaya?

Layak ke aku jawab soalan ni? Cehhh tetibaa merendah diri pulak .. Pehal tak tau .. haha .. Takpe2 .. Aku jawab la apa yang aku tau ek .. Okey.. nak jadi blogger berjaya ni bukan senang .. Banyak ranjau terpaksa ditempuhi .. Kejayaan tidak akan datang bergolek jika tiada usaha yang mengiringi ..

Sebagai contoh, kejayaan aku hari ini adalah hasil dari usaha aku yang lepas2 .. Well2 .. Bukan nak mengaku yang aku ni dah berjaya, tapi itulah hakikatnya .. Kehkehkeh

Nak jadi blogger berjaya juga bukan setakat buat segmen banyak2, update 10 entri setiap hari atau posing amik gamba sambil angkat besi .. Bukan itu sahaja .. Contoh aku sendiri (lagi sekali terpaksa sebut) .. Segmen aku pernah buat cuma sekali .. Update entri time rajin je .. Tapi lihatlah kejayaan aku sekarang .. Rahsianya .. Just be yourself walaupun dalam blog .. #Ni tips aku tengan poyo dan syok sendiri .. Jangan di ambil pakai, aku saja tulis ..

kahkahkahkah .. Konpem aku kena bahan lepas ni sebab poyo melebihi had yang dibenarkan .. Jangan mareeee hehe





 

p/s: nurse melayu memang cun, nak2 yang tengah praktikal .. auwwwwwww ..




ok bye..

Kalau Ada Super Power !!!




Bestkan kalau kita semua ada super power .. Tak payah risau kena bunuh, rompak dan rogol .. Kalau bab rogol ni memang aku tak kisah dah sebab aku laki .. Haha





   Kalau aku ada super power aku nak kuasa yang boleh menghentikan masa .. Kenapa aku pilih kuasa tu? Pertama sekali sebab aku terpengaruh ngan cite Keizoku 2 .. Dalam cite tu ada sorang mamat ni boleh menghentikan masa .. Memang cool habis .. Aku rasa Boboiboy pun tak leh nak challange, apatah lagi The Avengers .. Kehkehkeh





   Sebab kedua pulak ... Sesungguhnya demi masa manusia dalam kerugian .. Yeahhhh .. Betul .. Kecepuk atas muka sendiri .. Jadi, kalau aku ada kuasa tu takde la rugi sangat masa aku kan .. Boleh buat kerja last2 minit dan yang paling best! boleh tido puas2 tak payah risau terkandas subuh .. Haha

   Ok, cukuplah dulu aku berangan sorang2 .. Masa itu emas .. Jangan bazirkan masa korang dengan aktiviti yang tidak bermoral .. Kalau korang rasa tak tahu nak buat pape pada masa lapang, pekata korang main game Civilization 5 .. Tak suka main game? cuba menulis novel .. Tak pandai menulis? Menghadap lah pada yang Maha Esa.



Ok bye..

 

Tak Nak La Berfikiran Negatif .. Tak Mau tak mau .. Tak Shukewwwww





 " Macam tak boleh buat je, susahnya..  "

" Tak payah la susah-susah nak buat, bukannya dapat pun.. "

" Kenapa diorang semua result bagus-bagus, result aku tak bagus, bodohnya aku "

dan kejadah-kejadah lagi.........
 
 
 
 
   Itu antara contoh-contoh Negative Mindset yang selalu dibiarkan bermain-main dalam minda bila nak melakukan sesuatu perkara. Kenapa kita mesti fikir yang kita ni tak cukup bagus, tak boleh nak lakukan, tak sepandai dan sehebat orang lain dan bermacam-macam lagi. Kisah dibawah ini amat sesuai dibaca bagi mereka yang selalu berfikiran negatif.
 
 
 
Tersebut alkisah...

   Seorang pengembara telah tersesat sewaktu memandu kereta untuk kesatu tempat jauh dipedalaman. Ketika beliau cuba mengambil peta ditempat duduk belakang, tiba-tiba kereta yang dipandu hilang kawalan dan terbabas kedalam parit ditepi jalan. Nasibnya baik kerana tidak tercedera tetapi kereta yang dipandunya tidak boleh keluar dari parit itu dek kerana tersangkut didalam lumpur yang agak dalam.

Pening kepala sipengembara ni memikirkan bagaimana cara untuk tarik keretanya keluar. Sambil berjalan mencari bantuan, beliau ternampak seorang pekebun sedang sibuk menguruskan ladangnya dan terus menjerit meminta bantuan.

Selepas menceritakan masalah yang dihadapi, pekebun itu pun berkata..

                " Jangan risau, Wicky boleh tolong keluarkan kereta tu "

Dengan rasa ingin tahunya, pengembara itu bertanya..

                           " Wicky ? siapa tu pakcik, anak pakcik ke ? "

Pekebun itupun menuding jarinya kearah satu sudut ladang, dan disana terdapatnya seekor keldai yang sedang asyik memakan rumput.

           " Wicky tu keldai ke ? boleh ke dia tarik kereta tu pakcik ? "

Pekebun itu hanya melemparkan senyuman dan mereka berdua bersama keldai itu berjalan menuju ketempat kereta yang tersangkut tadi.

Sesampainya disana, pekebun itu terus mengikat keldainya pada kereta pengembara yang tersangkut itu, sambil menyentap tali ikatan itu dengan kuat, pekebun itu menjerit..

   " 1,2,3, Tarik, Jack ! Tarik, Fred ! Tarik, Ted ! Tarik, Wicky ! Tarik ! "
             

Dengan sepenuh tenaga, keldai tadi berjaya menarik keluar kereta itu dari lumpur tersebut.

Pengembara yang melihatnya terus tergamam dan berterima kasih pada pekebun itu sambil bertanya dengan mushkil..

     " Kenapa pakcik panggil nama-nama tadi sebelum panggil nama Wicky ? "

Sambil tersenyum, pekebun itu pun memberitahu..



 " Wicky, keldai pakcik ni dah tua.. dan dia sebenarnya buta. Bila dia percaya dia adalah sebahagian dari rakan-rakan lain yang membantu, dia boleh lupakan usianya dan tarik kereta tu dengan sepenuh tenaga. "


Tengok !!!


Cara kita berfikir adalah lebih berkuasa dari apa yang ingin kita lakukan. Apa sahaja perkara yang ingin korang lakukan yang difikirkan sukar, sebenarnya tidaklah sesukar mana, tapi cara korang berfikir itulah yang membuatkannya jauh lebih sukar dan hampir mustahil !


Pemergian Wicky masih segar di ingatan .. Arwah baik binatangnya.
 
 
 
 
 
Ok bye..


Benda Wajib Seorang Hacker Patut Miliki



Kalau korang bercita2 sangat nak jadi hacker, inilah benda2 yang korang kena miliki dulu ..

1.Komputer

2.Sambungan Internet

3.Jari dan tangan kurniaan Allah swt

4.Otak dan Akal yang berfungsi dengan baik.

5.Mata dan hati yang celik







Ini pulak barang2 sunat .. Kalau ada benda ni korang akan nampak lagi bergaya.. Gaya, Mutu, Keunggulan (tangan di bahu, kening dinaikkan, muka buat duckface) ..


1.Smartphone

2.CD Backtrack (untuk network penetrating test)     (OS)

3.Broadband + VPN (Virtual private network)              (hardware + software)

4.Wifi Booster Antenna (untuk tarik gelombang wifi sejauh 5km)        (hardware)

5.OS Linux Mint               (OS)

6.Python editor                   (software)

7.Cain and Abel        (software)

8.Hiren Boot CD        (software + OS)

9.c99 exploit          (php exploit)

10.Hosting FTP     (host)

11.Sym FTP untuk smartphone symbian           (mobile app)

12.Keylogger                    (software)

13.RAT                     (software)

14.Havij (jatuh sikit maruah main havij,haha)               (software)

15.Poison Dork Scanner                 (software)

16.Core FTP Server                        (softtware)

17.Cheat Engine (kehkehkeh)           (software)

18.Analog/Digital Multimeter            (hardware tools)

19.NO-ip account                           (account)

20.Proxy Switcher                       (software)
      
21.God Mode win 7                   (triks)

22.Mask My Ip                          (software)

23.Phishing page                (html)

24.Nmap                             (software)

25.John The Riper  (jangan ditanya kenapa namanya begitu, sebab aku sendiri pun tak tahu)        (software)

26.Wireshark                    (software)

27.Live Bulk Mailer           (software)

28.Website Digger              (software)

29.Rom Patcher               (mobile app)


dan yang terakhir sekali .... paling penting!!!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
30.Sejadah    (sembahyang itu tiang agama)    alim tak aku? hehe



Fuhhhhh .. berpeluh nak senaraikan semua .. Itu antara tools2 yang aku sempat guna .. Tapi satu habuk pun tak paham nak guna macam mana .. Buat simpanan memberatkan pc bolehlah ..






Ok bye ..


Kijang vs Kelapa Sawit di Final .. Penyu Tengah Menangis .. Jangan Kacau Pleasee

 
 Ini bukan Kijang panggang, ini Kijang punya SAKA


   Tahniah diucapkan buat team Kelantan kerana mara ke pusingan akhir piala FA. Untuk pasukan Kedah, padan muka dan takziah SpeakerSekolah ucapkan. Takpe tahun depan ada lagi .. Boleh cuba lagi .. Itupun kalau tak lawan Kelantan boleh la pergi final tahun depan .. kehkehkeh .. Ohh ya .. Kepada CikBolat, jangan sedih2 .. Kau kan dah jadi mek kelate .. hehe

   Kepada team Terengganu, SpeakerSekolah ucapkan padan muka dan takziah juga .. Awat la hangpa buleh kalah ngan team Sime Darby? Budak2 kelapa sawit ngan budak ladang je pun .. Ish3 .. Kesian sungguh .. Kepada Lea Isnawi .. Banyakkan bawak bersabar .. Jauhkan diri dari benda2 yang tajam ye .. Bukan apa, takut perkara yang tak diingini berlaku .. Sesungguhnya Speakersekolah ni seorang yang prihatin orangnya. Ishh.. risau la aku dengan Si Lea ni. Maklumla budak muda, selalu buat benda tak pikir panjang.Hehe ..



Setakat itu dahulu kita bergurau dengan rakan blogger kesayangan. kehkehkeh





Ok bye ..


Dia Mai Dah, Dia Mai Dah

 
 
 Nama minah senget ni Kathy Hoi Mei
 
 
 
 
    Pejam celik pejam celik, dah pun masuk bulan Mei .. Mesti banyak agendanya kan, yang bersekolah tu sibuk dengan 'exam'nya, yang diuniversiti tu sibuk ingat nak balik kampung ( maklumlah nak cuti semester ) yang bekerja tu pulak dah sibuk fikir nak shopping kejadah, nak gi jalan-jalan makan angin kejadah lagi ( maklumlah dah gaji.. cuti pulak tu 1 Mei ni).
 
 
Bulan Mei ni juga la ramai golongan yang diraikan, antaranya pekerja, ibu, guru dan .......
 

Aku si SS sendiri ..
 
 
Tanggal 26 Mei ni, hepi befday to me yang ke 19 .. hehe, atoiiii .. semakin tua nampaknya .. tapi.. yang paling ditunggu sebenarnya adalah keesokan harinya iaitu 27 Mei, Ahad jam 7.00 malam.
 
 
Kenapa? ada apa?
 
 
Sebab ... Boboiboy musim ke-2 dah nak mula! cerita animasi kegemaran Ezad Skytech ( pinjam nama kau jap Ezad ) dari ia muncul tahun lepas. Tak padan dengan tua .. Ha .. jangan tak tau .. Mak dengan ayah budak pun ada yang lebih excited dari budak-budak tengok cerita ni.
 
 
 
 
 Comel... kelakar... dan ada unsur motivasi! Enjoy! dan boleh hilangkan ' Stress '.
 
 
    Korang ada tengok tak episod terakhir Boboiboy musim pertama yang disiarkan hujung tahun lepas, lebih kurang 6 minit terakhir tu, sewaktu Boboiboy sedang berjalan masuk kedalam keretapi, dalam masa yang sama ada seorang budak berselisih dengan Boboiboy,
 
Masih ingat? Persoalannya .. siapa budak misteri tu ? Hmmm .. Tak saba rasanya nak tunggu kan .. 
 
 
 
 
Ok  bye ..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...